Wednesday, November 12, 2014
Monday, September 15, 2014
Tolong Ingatkan Aku
Wahai pemilik hati, roh dan jasad,
serta segala yang ada di alam semesta,
tolong ingatkan aku
bahawa aku hidup bukan untuk dipuji
bukan untuk diungguli
bukan untuk secoret angka
bukan untuk satu huruf,
Agar aku tidak sama sekali kecewa
apabila angka ku tidak sebesar yang lain
huruf yang aku peroleh tidak segagah dua tiang satu palang
Ingatkan aku
bahawa peperiksaan dunia
bukan penentu dimana duduknya nanti aku di hari akhir.
Aku tidak mahu kecewa
kerana dunia...
Sunday, September 14, 2014
Kasih
Kalau hari ini
KASIH buat kau kecewa
tangis kau tak reda
hidup di dunia rasa tak bermakna
ingat,
kerana KASIH
kau ada di dunia
balas KASIH yang buat kau ada di dunia
yang buat nafas kau terasa ada
bukan kasih yang buat kau tangis dalam kecewa
Thursday, February 20, 2014
Aku
aku punya tinta
aku punya kata
mahu ku semua terluah
aku punya cerita
aku punya mereka
yang menabur sedikit kisah
untuk sama di ambil kisah.
Subscribe to:
Comments (Atom)

